empty
 
 
16.11.2022 11:39 AM
Analisis Teknikal EUR/USD untuk 16 November 2022

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah meneruskan rali gelombang A ksebagai sebahagian daripada struktur pembetulan kompleks ABC-X-ABC. Kenaikan harga telah mencapai tahap 1.0480 yang merupakan rintangan teknikal. Jika ia meneruskan pertumbuhan harga, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada Lanjutan Fibonacci 161% yang terletak pada 1.0523, iaitu hanya 43 pip lagi. Sokongan teknikal paling hampir kelihatan berada pada tahap 1.0255 dan 1.0293. Momentum yang kukuh dan positif menyokong prospek kenaikkan jangka pendek untuk EUR pada carta 4 Jam walaupun keadaan pasaran kini terlebih belian (overbought). Penarikan semula urusniaga harian boleh berlaku pada bila-bila masa sekarang kerana pasaran EUR kelihatan terlalu tegang pada carta 4 Jam.

This image is no longer relevant

Titik Pivot (PP) Mingguan:

WR3 - 1.04281

WR2 - 1.03762

WR1 - 1.03509

Pivot Mingguan - 1.03243

WS1 - 1.02990

WS2 - 1.02724

WS3 - 1.02205

Tinjauan Dagangan:

EUR telah membentuk tahap rendah beberapa dekad baharu pada 0.9538, oleh itu, selagi mata wang USD dibeli di seluruh papan, maka arah aliran menurun akan berterusan menuju ke arah tahap rendah baharu. Dalam jangka pertengahan, tahap rintangan teknikal utama terletak pada 1.0389 dan hanya jika tahap ini ditembusi dengan jelas, arah aliran menurun boleh dianggap telah tamat. Sila ambil perhatian, terdapat banyak ruang untuk penurunan EUR pergi, semua tahap sokongan teknikal yang berpotensi adalah sangat lama dan mungkin tidak boleh dipercayai lagi.

Sila ambil perhatian, bahawa mana-mana penembusan berterusan di bawah sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 0.9737 akan mendorong kepada kesinambungan pergerakan menurun dengan lebih rendah lagi dan akan meletakkan tahap 0.9669 dalam pandangan. Untuk dagangan jangka panjang, tahap rintangan teknikal utama terletak pada 1.0389 (ayunan tinggi dari 11 Ogos), oleh yang demikian, kenaikan harga masih mempunyai jalan yang panjang sebelum pembalikan arah aliran menurun disahkan. Nampaknya kitaran ABC pembetulan mudah mungkin berubah menjadi kitaran ABC-X-ABC yang lebih kompleks dan memakan masa.

Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $9000 lebih lagi!
    Dalam Mei kami membuat cabutan bertuah $9000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget