empty
 
 

Program Afiliasi InstaForex mendapat pengiktirafan dari Global Brands Magazine

07.04.2020 01:10 PM

Global Brands Magazine yang berpangkalan di UK telah menerbitkan versi penarafan global syarikat yang bekerja dalam bidang kewangan untuk tahun 2020. Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada anda bahawa InstaForex telah merangkul anugerah "Best Affiliate Program".

Kami sangat gembira apabila majalah dengan reputasi tinggi ini menghargai usaha InstaForex dan memuji hasil kerja seluruh pasukan kami. Kemenangan syarikat dalam merangkul anugerah "Best Affiliate Program" bukan hanya merit kami. Kami amat berterima kasih di atas penilaian dan komen positif dari para pelanggan dan rakan niaga kami yang telah membantu kami untuk mendapatkan penghargaan berprestij ini! Kami akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda, buat rakan niaga, kami menawarkan produk terbaik dalam industri kewangan global.

Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama kami menerima pengiktirafan sebegini dari Global Brands Magazine yang terkenal. Pada 2015, kami telah muncul sebagai pemegang untuk kategori "Most Innovative Forex Brand in Asia".

Global Brands Magazine adalah salah satu majalah atas talian utama UK yang menerbitkan artikel dan berita yang berkaitan dengan pelbagai label dan jenama.

The Global Brands Magazine Award adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh pihak majalah untuk pelbagai syarikat dalam industri yang berbeza, termasuk kewangan.


Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget